Polisi Tempahan


1. PENEMPAHAN DAN PEMBAYARAN

Pelanggan Sampul Duit Raya-SDR perlu mengisi borang maklumat tempahan dan maklumat penempah dengan sempurna. Pelanggan perlu membuat bayaran penuh sewaktu menempah. Rekabentuk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran diterima. Bagi pihak pelanggan dari Sabah Sarawak caj pengeposan akan dimaklumkan setelah barang siap dan anda perlu menjelaskan bayaran terlebih dahulu sebelum pengeposan.

2. PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

Selepas membuat tempahan, Sampul Duit Raya-SDR akan melakukan proses rekabentuk dan mendapatkan pengesahan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. SDR tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Proses percetakan mengambil masa 14 hari berkerja.

3. KUALITI CETAKAN DAN WARNA

SDR menggunakan pelbagai jenis pencetak untuk menghasilkan semua produk keluaran. Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir SDR ialah 5%-10% daripada warna sample di kedai/ cetakan draft. Warna melalui monitor/ skrin computer/ telefon adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat ‘standard’ cetakan iaitu + / – 5mm.

4. PENGAMBILAN DAN PENGEPOSAN

Barangan perlu disemak sewaktu pelanggan mengambil tempahan di premis kami. Setiap barangan yang sudah diterima sama sekali tidak boleh dipulangkan. Segala risiko semasa pengeposan barangan adalah di bawah pihak pelanggan. Kami akan memastikan barangan dalam keadaan baik sebelum pengeposan. Caj penghantaran kami untuk setiap barangan adalah berbeza bergantung kepada saiz / berat / lokasi penghantaran. Barang yang telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja. Pihak SDR akan memaklumkan pelanggan Tracking Number setelah pengeposan dibuat.

5. PEMBATALAN TEMPAHAN

Deposit / pembayaran tidak akan dipulangkan sekiranya pihak pelanggan membatalkan tempahan.

6. CAJ REKAAN KHAS

Kepada pelanggan yang mahukan sampul duit raya rekaan tersendiri, caj rekaan sebanyak RM50 akan dikenakan.

7. PENGAMBILAN PRODUK SIAP

Semua produk yang telah siap perlu di ambil dalam masa 5 hari daripada tarikh ia siap. SDR tidak akan menanggung sebarang perkara yang berlaku samaada kerosakan drpd serangga, air atau sebagainya selepas tempoh simpanan 5 hari di setor.